Rabu, 2 September 2009






Jenayah rogol merupakan salah satu masalah sosial yang semakin meruncing dalam negara kita. Adakah ia berpunca daripada arus kemodenan negara seperti internet yang mula didominasi penggunaanya oleh masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan pangkat? Mungkinkah juga hukuman yang diperkenalkan oleh pihak berwajib masih ditakuk lama yang tidak mendatangkan ketakutan kepada perogol?? Melihat kepada kerangka statistik diatas telah menunjukkan bahawa peningkatan kes rogol yang sangat ketara pada setiap tahun bermula daripada tahun 2000 sehingga 2007. Malah kes yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia ini turut mendatangkan masalah yang sangat besar dalam negara terutamanya dalam aspek keselamatan dan kemakmuran negara. Secara jelasnya dapat dilihat bahawa negeri Selangor, Johor dan Kedah telah mencatatkan kes tertinggi dan Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula mencatat kes yang paling rendah dilaporkan kepada pihak polis. Malah ia dapat dirumuskan bahawa jenayah rogol di Malaysia semakin meningkat dari setiap tahun bermula dari tahun 2000 sehingga 2007. Namun begitu kes yang dilaporkan pada tahun 2007 hanya dapat direkod sehingga bulan Jun sahaja. Secara tidak langsung juga jenayah rogol ini telah mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak



Secara konklusinya dapat dilihat bahawa pertalian darah diantara mangsa dan perogol juga merupakan salah satu perkaitan yang sangat signifikan dalam mengaitkan jenayah rogol yang berlaku pada masa kini. Malah kenalan siber dan teman lelaki juga adalah faktor tertinggi peningkatan kes rogol yang melibatkan masalah sosial dikalangan remaja pada masa ini. Sebagai komuniti yang hidup bermasyarakat, adakah kita lihat isu ini sebagai ‘trend’ yang diibaratkan seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan??? Apakah rasionalnya kita sebagai manusia yang dilahirkan sebagai makhluk yang berakal dan beragama ini melakukan jenayah yang berada diluar kewarasan pemikiran seseorang??? Inilah kehidupan manusia yang semakin leka dengan duniawi semata-mata. Justeru itu bersama-samalah kita berusaha dan mencari inisiatif dalam menangani masalah negara ini secara terperinci dalam menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat kita. Inilah yang patut kila laksanakan dalam merealisasikan Konsep 1 Malaysia terutamanya pendekatan nilai-nilai murni dan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang mencerminkan keadilan sosial dalam masyarakat amatlah penting.

Sumber Rujukan: Zulazhar Tahir, Sridevi Thambapillay & Jal Zabdi Mohd Yusoff. Realiti Jenayah Rogol & Inses Terhadap Kanak-kanak di Malaysia, Retrieved August, 27, 2009 from

0 Comments:

Post a Comment