Khamis, 30 Julai 2009


Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

Kebajikan di mata dunia melihat kepada satu bentuk pertolongan yang melibatkan wang ringgit dan sumbangan makanan. Namun kebajikan adalah sesuatu yang subjektif dan ia masih berlandaskan kepada konsep pertolongan atau bantuan yang melibatkan kepada golongan kurang upaya dan kurang kemampuan seperti orang buta, tidak berupaya untuk bekerja dan miskin. Kelayakan bantuan kebajikan akan diberikan kepada mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Kebajikan sosial menurut Midgley 1997, mendefinisikan kebajikan sosial sebagai “ satu sistem teratur yang mempunyai pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu masyarakat meningkatkan kualiti hidup yang lebih sejahtera’. Manakala menurut Zastrow pula kebajikan adalah ‘usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial’. Justeru, seiring dengan pendekatan satu Malaysia yang menerapkan perpaduan, maka dengan ini kebajikan perlu diutamakan kepada semua masyarakat tanpa mengira status, bangsa dan agama. Ini kerana konsep satu Malaysia adalah membawa kepada prinsip keadilan kepada semua kaum dan dengan ini nasib semua kaum akan terbela dan tidak akan dipinggirkan. Sebagai pekerja sosial yang beretika dan profesional, kerja kebajikan yang dilakukan perlu menjurus kepada kebajikan masyarakat iaitu meningkatkan keupayaan serta menghalang daripada berlakunya penindasan dan diskriminasi terhadap rakyat seluruhnya. Di Malaysia, kebajikan masih lagi kurang dititikberatkan walaupun pelbagai usaha dilakukan. Namun ia tidak mematahkan semangat pekerja sosial dan mereka yng terlibat untuk terus melakukan kebajikan bagi meningkatkan kefungsian hidup masyarakat yang kekurangan. Tambahan pula, dengan adanya sokongan dari kementerian, NGO dan juga konsep 1 Malaysia yang menerapkan 8 nilai, akan membantu dalam aspek kebajikan rakyat perpaduan. Gandingan tujuan dan matlamat dalam kerja sosial akan terus menjadi inspirasi utama kepada pekerja sosial dalam menumpukan ketidakfungsian masyarakat yang berhadapan dengan masalah. Kebajikan sosial juga akan terus memantapkan lagi matlamat ke arah kebajikan dalam masyarakat perpaduan dengan menerapkan teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi. Kerjasama di antara kerajaan dan bukan kerajaan amat penting dalam membangunkan masyarakat ke arah kesedaran kebajikan berteraskan keadilan sosial.
Untuk mencipta sesuatu yang baru amat mudah namun untuk menjayakan sesuatu itu memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang amat tinggi....

0 Comments:

Post a Comment